" Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengucapkan tahniah kepada
semua calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2016 yang berjaya mendapat
keputusan cemerlang.
Pada masa sama, beliau mengingatkan calon yang berjaya supaya
menghargai sumbangan guru dan ibu bapa yang membawa kepada kejayaan
dalam peperiksaan itu."
Bagi SMK Alma, keputusan peperiksaan SPM 2016 yang dimumkan ini telah meningkat berbanding keputusan SPM 2015. Peningkatan ini adalah hasil usaha semua pihak iaitu guru-guru, ibubapa, waris, PIBG dan pelajar itu sendiri. Diharap, peningkatan ini dikekalkan pada masa akan datang.
TERIMA KASIH SEMUA.